Wednesday, February 11, 2009

TUJUH CARA TINGKAT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

1) SISTEMATIK:
Failkan semua kertas kerja dan nota anda mengikut subjek. Cara kemas ini akan membantu anda apabila mengulang kaji.

2) BANTUAN AWAL:
Baca setiap subjek lebih awal supaya anda tahu mata pelajaran mana yang harus diberikan lebih perhatian. Tanya guru atau rakan sekelas jika ada sebarang keraguan.

3) JADUAL PEPERIKSAAN:
Sediakan salinan jadual peperiksaan di meja tulis supaya anda sentiasa ingat akan tarikh peperiksaan setiap subjek. Pastikan anda mempunyai semua peralatan tulis dan cukup tidur sebelum menduduki peperiksaan.

4) PEMAKANAN SIHAT:
Stres boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh anda. Minum air dan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang cukup setiap hari kerana ia sumber vitamin dan zat.

5) KUMPULAN MENGULANG KAJI:
Mengulang kaji pelajaran melalui sesebuah kumpulan membolehkan anda bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan.

6) MATLAMAT:
Tentukan matlamat yang ingin anda kecapi dalam setiap subjek.

7) CARA PEMBELAJARAN BERKESAN:
Bergantung pada kemampuan anda, cara pembelajaran yang sesuai dan berkesan boleh menjimatkan tenaga dan masa anda luangkan untuk pelajaran.

PANDUAN KELUARAN KHAS LEARNING DISCOVERIES

No comments:

Post a Comment