Tuesday, November 9, 2010

Tuesday, 26 April, 2005 12:55 AM

Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia
berfikir tentangnya.
Kehidupan merupakan suatu nostalgia perjalanan,
kematian merupakan kenyataan yang sebenarnya.



Sahabat yang sejati adalah orang-orang yang dapat
berkata benar denganmu, bukannya orang yang dapat
membenarkan kata-katamu.



Empat perkara amalan budiman adalah menjauhkan cakap
kosong, menjauhi tangan daripada menganggu, cepat
memberikan penghargaan dan lambat menjatuhkan tuduhan.


Sahabat itu umpama bayang-bayang, apabila terang
nampaklah ia dan apabila gelap hilanglah ia.
Jika kita tidak dapat memiliki apa yang kita suka,
sukailah apa yang telah kita miliki.



Kehidupan merupakan suatu nostalgia perjalanan,
kematian merupakan kenyataan yang sebenarnya.
Memburu cinta memang baik, tetapi cinta yang datang
tanpa diburu seribu kali lebih baik lagi.



Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan
segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman.
Berhati-hati memilih kawan, tetapi lebih
berhati-hatilah lagi apabila bertukar pasangan.



Lebih baik menjadi pendengar yang bijak daripada
menjadi pemerhati yang kaku dan tidak tahu apa-apa.
Manusia biasanya lebih menghargai sesuatu yang sukar
diperoleh tetapi sering melupakan nikmat yang telah
tersedia.



Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir

tentangnya.



Kehidupan ini diibaratkan sebuah pentas dan makhluk

yang bergelar manusia adalah pelakon utamanya.



Kenangilah kesilapan pada masa lalu agar terbina

sempadan di masa akan datang.



Sesungguhnya apa yang kita lihat serupa sebenarnya

tidak semestinya sama.



Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak,

tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.





Sesungguhnya untuk menilai kebaikan seseorang adalah

amat sukar daripada mencari keburukannya.



Manusia dikurniakan akal untuk berfikir tetapi akal

juga telah digunakan oleh manusia untuk memusnahkan

antara satu sama lain.



Setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup seseorang

hanya menghasilkan dua kesudahan iaitu kegembiraan dan

kesedihan.



Sesungguhnya manusia yang melakukan kemusnahan tidak

pernah mengenal erti penderitaan.



Pedang yang tajam boleh membunuh beribu manusia tetapi

minda yang tajam dapat menyelamatkan berjuta jiwa.



Sebenarnya orang yang sentiasa memuji kita adalah

musuh yang paling berbahaya kepada kita.



Jika anda tidak melakukan yang terbaik hari ini, pasti

anda akan melakukan perkara yang lebih teruk lagi pada

hari esok.



Jagalah lidahmu sebelum ia melukakan hati orang lain

dan jagalah tingkahlakumu sebelum ia membinasakan diri

sendiri.



Jadilah cahaya suram yang kekal abadi sinarannya dan

elakkan daripada menjadi cahaya terang yang bersifat

seketika cuma.



Hidup itu "hidup".Untuk hidupkan "hidup",kita mesti

"hidup" supaya kita hidup dengan "hidup" yang

sebenarnya.



Jangan lakukan semua yang anda ketahui, jangan

berbelanja semua yang anda miliki, jangan percaya

semua yang anda dengar dan jangan memberitahu semua

yang anda dengar.



Tingkah laku merupakan cermin dimana setiap orang

boleh merefleksikan citra dirinya sendiri.



Usahlah mencari kesilapan orang lain sebelum

mengetahui kesalahan sendiri.



Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana

satu lawan dan yang mana satu kawan yang sebenarnya.



Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap

orang terhadap kesilapan yang pernah mereka lakukan.



Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan

kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada

pihak lain.



Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan

mengenal kemanisan.



Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan

rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.



Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang

makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.



Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung

kepadanya.



Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan

yang dimiliki.



Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima

diri anda yang sebenar.



Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran

yang datang.



Selagi kita berusaha dan mencuba, selagi itulah kita

akan beroleh apa yang kita hajati.



Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan

kebencian, kita akan dibenci. Tetapi sekiranya kita

fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah

undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita

fikirkan



Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada

orang yang pernah melukai hati kita.Tetapi hanya

dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat

mengubati hati yang telah terluka. Kemaafan yang

diberi secara ikhlas umpama pisau bedah yang boleh

membuang segala parut luka emosi



Cinta dan kasih sayang adalah jawapan yang dapat

menyembuhkan segala penyakit, dan jalan yang menuju

kepada rasa cinta dan kasih sayang hanyalah melalui

kemaafan.

Wednesday, September 29, 2010

mutiara kata

Mutiara kata adalah suatu keindahan bahasa yg dapat memberi pedoman kepada mereka yg menghayati.Keindahan kata-kata itu turut memberi motivasi dan inspirasi bagi mereka yang menjiwai. Renungilah mutiara kata-kata ini,agar dapat manfaat darinya...






--------------------------------------------------------------------------------



Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.



Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor



Satu ciuman yang mesra adalah satu ciuman yang tidak membawa apa apa makna kerana

disebaliknya ia akan membawa kemudaratan,tetapi satu ciman yang pantas ia nya menyingkap

seribu makna yang tersirat disebalik yang tersurat......"



KEBAJIKAN ITU LEBIH BAIK DARI WAKTU



Kekasihku,dalam setiap degupan jantungku ada kasihku padamu dan selagi mana jantungku masih berdegup,selagi itulah aku kan terus mengashimu.



"buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan"



"cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akanberpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi"



Wanita itu sendiri adalah rahsia



Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik

atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya.



Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.



Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu

pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat

kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.



Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...



SAHABAT YANG BAIK ADALAH YANG ORANG YANG BERCAKAP BENAR, DAN BUKANNYA HANYA MEMBENARKAN KATA-KATA.



"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"



"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"



"Hidup umpama aiskrim.Nikmatilah ia sebelum cair"



JIKA ANDA BERSAHABAT BERSIAPLAH UNTUK BERKORBAN

DEMI SAHABAT ANDA TERSEBUT,

JIKA ANDA BERMUSUHAN DENGAN SAHABAT ANDA BERSIAPLAH UNTUK MENGALAH DEMI PERSAHABATAN KALIAN.





Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci;

Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana

Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan

Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.



" USAH DITURUTI REAKSI EMOSI,

LANTARAN IMPLIKASI TAK SERASI DENGAN APA YANG DIIMAGINASI "





WANITA/PEREMPUAN DICIPTAKAN BUKAN DARIPADA TULANG RUSUK ATAS UNTUK MEMERINTAH, BUKAN DARIPADA RUSUK BAWAHUNTUK DIPIJAK, TETAPI TERLETAKNYA RUSUK ITU DI BAHAGIAN DADA DAN BERDEKATAN DENGAN TANGAN BERMAKNA TANGAN YANG MEMBELAI DAN HATI YANG MEMPUNYAI PERASAAN DAN KASIH SAYANG.





" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam.

Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa.

Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.

Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan,

itu adalah mulia dan terpuji."

(La Roche)



"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"



" Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatuatau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"



" Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia

adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya

bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak

sanggup menerima penderitaan.

( Harieta Wahab)



Hadiah Terbaik



Kepada kawan - Kesetiaan

Kepada musuh - Kemaafan

Kepada ketua - Khidmat

Kepada yang muda - Contoh terbaik

Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.

Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan

Kepada manusia - Kebebasan



" Kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yg mampu memenggal

leher seorang lelaki.

( A.L Alek Wong)



" Jangan terlalu menyayangi seseorang, kelak kita akan membencinya.

Jangan pula terlalu membenci seseorang,kelak kita akan menyayanginya."



"Usah tangisi akan perpisahan sebaliknya tangisi akan pertemuan. Tanpa pertemuan, maka tiadalah perpisahan"





" Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"



" Cinta itu apabila anda bertemu dan membuat pilihan yang tepat"



" Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup

seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."



" Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"



"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat,

Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".





" Kejarlah cita-cita sebelum cinta, apabila tercapainya cita-cita maka dengan sendirinya cinta itu akan hadir"





" Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta

jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri"



"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari

sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg

mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

( Saidina Ali)



" Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada

harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"

(Saidina Ali)



"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya

pinjaman dan mati tak berteman.."



" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka

ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya

maka ia tidak akan mempedulikanmu"



"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat

menguasai dirinya sendiri"



"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang,

Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."



"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan,

sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."



"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki,

tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."



"Apa yang diperolehi dalam hidup ini,

adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."



"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapaiyang tertinggi."



"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."



"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."



"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."



"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,

tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."



"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna

jika tidak melakukan perkara yang betul."



"Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."



"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."

madah-

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.




Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...



Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.



Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.



Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.



Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.



Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka



Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.



Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.



Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.



Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.



Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.



Cinta sejati ialah kasih Tuhan kepada hambaNya. Kasih murni ialah kasih ibu bapa kepada anaknya. Kasih saudara masa berada. Kasih sahabat masa binasa. Kasih suami isteri sepenanggungan. Kasih orang menaruh harapan.



Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.



Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir



Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.



Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.



Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.



Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.



Tak usah sebut pasal cinta jika kamu tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hatimu. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika kamu berhasrat melukakan hati pasanganmu



Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami



Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan perasaan.



Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !



Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.



Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya



Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.



Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.



Cinta ibarat pasu antik, ia sukar ditemui, sukar diperolehi tapi mudah untuk jatuh berderai



Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Tuesday, March 23, 2010

Resepi...lom sempat edit

spageti seafood

spageti seafood marinara.bhnya agak2lahya-spageti direbus.bhn tumis;bwgmera,bwgputih,cilikisar,tomatopuri,dikit ladaputih serbuk,tomato 3bg,diptg dadu kecil.tumis hingga wangi kesemuanya,baru letakan tomato sos & cilisos.letak air suka hati,nakuah pekat,letak agak2,baru letak sotong ptg sukahati,bgitu jua udang,isi ikan.masak brsama capsicum,carrot,cendawan butang &dll.letak agak2-oregano,basil & thyme,dikit garam,gula.gaul rata.masak hingga mendideh.waktu makan,baru tuang diatas spageti & taburkn parutan cheese.slmt mencuba.mhnmaaf.t.kasih.dkakrozy

Tuesday, January 12, 2010

Kerabu Perut & Taugeh


Bahan


500 gm perut [rebus sehingga lembut dan hiris nipis kecil]

5 biji jus limau linpis

1 cawan taugeh [buangkan kakinya]

1 s/b sos ikan

garam dan gula secukup rasa



Bahan Hiris

1 labu bawang besar

2 kuntum bunga kantan

5 tangkai kacang panjang

1 biji cili merah



Bahan Mesin

3 biji cili merah

5 biji ciliapi

3 ulas bawang merah



Cara

1. Gaulkan rata semua bahan dan rasakan masam dan masinnya.

2. Hidangkan ngan nasi putih.

Hati Goreng Berempah


Bahan


300 gm hati lembu [ potong kecil & nipis]

2 biji bawang besar - dihiris bulat2

2 biji tomato buah [belah 4

3 biji lada hijau [potong 2 serung]

5 urat kacang panjang [potong pendek]

kobis bulat [potong kasar]

daun kari

minyak

garam



bahan mesin

3 cm halia

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2 s/b rempah kari daging

1 s/b jintan manis



Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan daun kari . Masukkan bahan mesin dan kacau sehingga naik minyak.

2. Masukkan hati lembu.. Kacau sebati dan biarkan reneh sehingga naik minyak.

3. Masukkan kacang panjang dan kobis.

4. Masukkan bawang hiris, lada hijau, tomato dan garam.

5. Kacau lagi dan biarkan naik minyak semula.

6. Hidangkan dengan nasi atau roti.



NOTA:

sesuai untuk masakan orang mengandung dan juga dalam pantang melahirkan anak..

Monday, January 11, 2010

AYAM MASAK MERAH


Bahan-Bahan:


1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan dan buh kunyit & garam dan goreng



Bahan untuk dikisar:

10 tangkai cili kering

5 tangkai cili merah

3 cm halia

3 ulas bawang putih

1 labu bawang besar

2 btng serai

4 biji tomato

2 S/B tomato sos



kacang peas

bawang besar,,potong gelang

minyak masak

Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa



Cara:

1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.

2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.

3. Gaulkan hingga sebati dan rata.

4. Apabila telah kering bolehlah diangkat