Thursday, March 12, 2009

Sasha 7 month..Before & Now...




ADAB BERGURU

ORANG Melayu dahulu begitu menekankan ajaran adab berguru, supaya anak taat dan beradab kepada guru serta orang yang lebih tua daripadanya.

Ini jelas terbayang dalam ungkapan berikut:
Kalau anak muda hendak menakah, ikutlah petunjuk ingatlah amanah,
Kalau anak muda ingin terbilang, ingat-ingatlah nasihat orang
Kalau anak muda ingin terpuji, duduk berguru tegak mengaji
Kalau anak muda ingin terpandang, menuntut ilmu jangan kepalang
Kalau anak muda ingin terhormat, tekun belajar luruskan niat

Kedudukan seorang guru dianggap mulia sehinggakan ibu bapa pasrah dan rela guru memukul anak mereka, asalkan anak mereka berupaya meraih manfaat ilmu daripada guru.

Adab berguru dahulu, semasa permulaan mahu mendapatkan khidmat guru, ibu bapa akan memberi semacam 'hadiah' kepada guru sebagai syarat.

Sebagai contoh, ada hadiah berbentuk kain atau pakaian dan ada juga yang memberi hadiah Al-Quran dan rotan.

Ada juga yang memasakkan pulut kuning dan ayam jantan.

Biasanya isi ayam jantan akan dimakan oleh murid di hadapan guru. Rasionalnya, seorang guru dapat 'membaca' isi hati, niat dan perilaku bakal muridnya, hanya dengan melihat cara murid itu makan.

Ada juga adab berguru dalam perguruan silat yang memberi 'hadiah' kepada guru hanya selepas tamat berguru.

Apa pun hadiah yang diberikan adalah sebagai syarat menyatakan keikhlasan dan keredaan ibu bapa yang meletakkan sepenuh kepercayaan kepada guru.

Guru adalah orang yang bertanggungjawab mendidik dan menyampaikan ilmu.

Seorang guru adalah manusia yang berilmu, berfikiran jauh, matang dan menggunakan kepakarannya untuk membimbing orang lain. Perkataan 'guru' diambil daripada perkataan Sanskrit. 'gu' bererti 'kegelapan' dan 'ru' pula bererti 'cahaya'.

Justeru tugas guru adalah untuk 'menerangkan kekaburan' pelajarnya.

Tugas guru sebagai penyuluh jalan yang gelap, haruslah membimbing pelajar yang tidak faham dan tidak tahu, supaya tahu dan faham.

Elok parang kerana berhulu
Elok hulu kerana tergenggam
Elok orang kerana berilmu
Elok ilmu kerana berfaham

Ada pujangga yang mengatakan, 'ilmu itu di mulut guru'.

Frasa ini memberi maksud bahawa guru tetap 'relevan' dalam proses menuntut ilmu.

Menuntut ilmu tanpa guru pula boleh menyebabkan seseorang itu menjadi hilang pedoman sehingga memberikan tafsiran ilmu yang salah.

Sebab itulah dalam Islam ada mengatakan, seseorang yang belajar tanpa guru itu menjurus ke arah berguru dengan syaitan.

Apabila syaitan menyesatkan manusia yang dalam pencarian ilmunya, manusia itu boleh menjadi 'isim'.

Isim dapat disifatkan sebagai gangguan mental akibat rasa tertekan semasa menuntut ilmu:

Terdapat empat cara menuntut ilmu.
Pertama, ilmu dapat daripada ajaran guru.
Kedua, melalui kaedah mencuba -cuba.
Ketiga, melalui kaedah meniru atau mengikut panduan yang diberi dan.
Keempat, melalui cara berfikir tentang setiap tindakan yang telah atau akan diambil (reflection).

Dalam Sejarah Melayu ada diriwayatkan kisah raja pergi menuntut ilmu dengan seorang guru yang terkenal.

Raja datang ke rumah guru itu dengan hulubalangnya serta alat kelengkapan kebesaran. Malangnya, raja disuruh pulang.Guru tidak mahu mengajar murid yang angkuh dan masih mementingkan taraf.

Raja hanya dibenarkan berguru sekiranya raja datang sebagai seorang 'murid biasa', tanpa segala lambang kebesaran diraja. Begitulah adab berguru, murid perlu sentiasa bersikap rendah hati dan memiliki niat yang ikhlas serta suci.

Raja Ali Haji ada menyenaraikan lima syarat yang mesti dipenuhi murid dalam menuntut ilmu.
Kemahuan, kehendak dan keinginan yang kuat pada hati untuk mendapat ilmu.
Kerja mengulang, menderas atau membaca kembali apa yang telah dipelajari.

Menghafal supaya hadir dalam ingatan dan dapat mengeluarkan kembali ketika menghendakinya.

Berbincang dan menyebut-nyebut apa yang telah dipelajari dengan teman-teman supaya ingat dan faham apa yang telah dipelajari.

Kerja meneliti, mempelajari semula, memikirkan makna dan maksud ilmu yang dipelajari. Sekiranya ada kekeliruan dan kurang faham, harus bertanya. Dahulu, kita sentiasa mendengar cerita bahawa seorang guru tidak akan mengajar kesemua pengetahuan yang dimilikinya.

Kalau guru ada 10 ilmu, misalnya, dia hanya memberikan sembilan. Kononnya, satu ilmu yang tinggal itu amat berguna sekiranya murid itu menentang guru kemudian hari. Sekiranya guru memberikan kesemua ilmunya, murid itu mungkin akan menewaskannya suatu hari nanti.

Sebenarnya, cerita-cerita sedemikian hanyalah sekadar 'gertak' untuk menakut-nakutkan murid supaya tidak menentang guru sendiri suatu hari nanti. Dalam fikiran murid pasti akan sentiasa berfikir bahawa si guru tetap 'lebih' ilmunya. Padahal, 'satu' ilmu yang tidak diajar guru itu sememangnya tidak boleh diajar. Ilmu itu harus didapatkan sendiri oleh sesiapa sahaja melalui pengalaman dan hati yang terang serta ikhlas.

Filem animasi Kung Fu Panda dapat menjelaskan hal ini. Ilmu yang terakhir dan menjadi legenda rahsia, sebenarnya tidak ada apa-apa. Murid yang harus mencarinya dengan menggunakan akal yang telah dianugerahi. Sekiranya si murid berjaya menemui hakikat ilmu sebenar, barulah layak dia pula menjadi pelapis guru dan menyebarkan ilmunya kepada murid-muridnya.

Kalau berguru, biarlah dengan orang yang tahu, bukannya orang yang langsung tidak tahu menahu. Siapa guru, amat penting dalam mencorakkan pemikiran dan perlakuan anak-anak kita. Justeru sebagai pemegang gelaran 'guru', guru harus sedar bahawa pada ketika yang sama mereka adalah seorang pelajar.

Guru perlu sentiasa belajar untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahirannya bagi menjadi pendidik yang profesional untuk mencapai matlamat pendidikan bertaraf dunia. Kesimpulannya, guru yang sebenar perlu mempunyai ilmu, amal, akal, sabar dan bual supaya ilmu itu dapat dijadikan bekal warisan ke anak cucu.

Oleh
Noor Hasnah Adam

Thursday, March 5, 2009

JANGAN SERAH KALAH PADA PENYAKIT

SEJAK kebelakangan ini, banyak betul rencana atau berita tentang kesihatan dimuatkan di media massa.Memang patutlah macam tu sebab kesedaran tentang pentingnya kesihatan kini semakin diberi perhatian oleh orang ramai.

Yalah... semakin ramai orang menghidapi penyakit kronik. Kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung macam 'benda biasa' saja. Ramai yang apabila masuk saja usia setengah abad, dah mulalah ada saja macam-macam penyakit, terutama ketiga-tiga penyakit yang Nenek sebutkan tadi.

Itu belum lagi kadar kolesterol tinggi yang juga dihidapi ramai orang.Isy... isy... isy... ngeri betul ya kalau terkena penyakit-penyakit macam tu. Tapi apa nak buat, Nenek selalu dengar orang kata, jaga punya jaga pun, kalau dah nak kena penyakit tu, apa nak buat?

Betul ke kalau kita cakap macam tu? Kita selalu dengar kata-kata 'kita adalah apa yang kita makan'. Jadi mana yang betul?Nenek rasa betullah tu... kita 'memang apa yang kita makan'. Kalau dari muda kita tak jaga makan, kita 'sebat' saja apa yang ada di depan mata, akibatnya apabila umur meningkat, macam-macam penyakit yang hinggap di tubuh.

Tentunya semasa usia muda, masih sihat, masih gagah dan masih kuat, kita tidak pernah terfikir soal menjaga pemakanan.Jadi, semuanya kita ngap! Apatah lagi kebanyakan orang Melayu kita ni memang suka makan.Tengok sajalah... hampir setiap minggu ada jemputan kahwin, ada kenduri, rumah terbuka untuk yang baru berpindah ke rumah baru, kalau Hari Raya pula, ada juga rumah terbuka.

Makanan yang dihidangkan enak-enak belaka.Nasi beriani, nasi ayam, nasi lemak, ayam goreng, mi goreng, epok-epok, perata, kuih-muih kita yang banyak gunakan santan dan gula, bubur kacang dan seumpamanya, semua itu biasanya menjadi hidangan dalam majlis- majlis seperti itu.

Nenek tidak nafikan, semua itu memang sedap. Nenek sendiri pun suka. Cuma sekarang, Nenek terpaksa jaga-jaga. Kena kawal nafsu. Banyakkan minum air jarang. banyakkan senaman - yang ringan-ringan sajalah, maklumlah, orang lama...

Mudah-mudahan Allah jauhkan kita semua daripada segala penyakit, insya-Allah.
Tapi kalau dah terkena penyakit, macam mana? Nenek rasa kita terpaksa terima hakikat. Cuma, bagi Nenek, apa yang penting ialah kita mesti berfikiran positif. Jangan menyerah kalah. Jangan tidak berusaha untuk sembuh.

Seorang teman Nenek, Temah, yang menghidap kencing manis, selalu mengeluh dan mengakui sudah 'tak kuasa' nak melayan penyakitnya itu.'Alah... aku jaga makan, tak makan manis-manis, tak makan lemak-lemak pun... penyakit ni tetap tak kurang. Sekarang aku tak peduli, aku makan aje ikut sedap tekak.

'Kalau nak sakit, nak mati, kita jaga macam mana pun, tetap sakit dan mati!''Eh! Tak boleh gitu Temah. Kalau kau tak jaga, penyakit tu boleh jadi makin teruk. Tapi kalau kau hati-hati jaga soal makanan, insya-Allah penyakit kau akan berkurang,' nasihat Nenek.

'Eleh... tak kuasalah. Selagi aku hidup, aku nak terus nikmati makanan sedap. Kalau sakit, makan sajalah ubat,' katanya.Temah... Temah... gasak kaulah! Tapi Nenek rasa, sikap Mak Temah tu tak bagusTak positif. Usah buat perangai macam tu...Bahaya!

Nenek

Sasha dah mula pandai bermain













Seronoknya bermain....
















PASTAMANIA DAH HALAL