Tuesday, February 17, 2009

Wednesday, February 11, 2009

Sasha 6 month+








TUJUH CARA TINGKAT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

1) SISTEMATIK:
Failkan semua kertas kerja dan nota anda mengikut subjek. Cara kemas ini akan membantu anda apabila mengulang kaji.

2) BANTUAN AWAL:
Baca setiap subjek lebih awal supaya anda tahu mata pelajaran mana yang harus diberikan lebih perhatian. Tanya guru atau rakan sekelas jika ada sebarang keraguan.

3) JADUAL PEPERIKSAAN:
Sediakan salinan jadual peperiksaan di meja tulis supaya anda sentiasa ingat akan tarikh peperiksaan setiap subjek. Pastikan anda mempunyai semua peralatan tulis dan cukup tidur sebelum menduduki peperiksaan.

4) PEMAKANAN SIHAT:
Stres boleh melemahkan sistem ketahanan tubuh anda. Minum air dan makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang cukup setiap hari kerana ia sumber vitamin dan zat.

5) KUMPULAN MENGULANG KAJI:
Mengulang kaji pelajaran melalui sesebuah kumpulan membolehkan anda bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan.

6) MATLAMAT:
Tentukan matlamat yang ingin anda kecapi dalam setiap subjek.

7) CARA PEMBELAJARAN BERKESAN:
Bergantung pada kemampuan anda, cara pembelajaran yang sesuai dan berkesan boleh menjimatkan tenaga dan masa anda luangkan untuk pelajaran.

PANDUAN KELUARAN KHAS LEARNING DISCOVERIES

USAH PANDANG REMEH PERIKSA TENGAH TAHUN

MUSIM yang digeruni pelajar telah tiba lagi. Inilah musim yang pastinya menimbulkan banyak tekanan, baik untuk pelajar, mahupun guru dan ibu bapa. Musim ini dinamakan musim peperiksaan.

Bagi yang telah membuat ulang kaji secara konsisten, pastinya musim ini tidaklah begitu digeruni. Bagi kumpulan ini, peperiksaan adalah peluang untuk mereka menilai sejauh mana kemampuan mereka serta pemahaman mereka. Golongan ini selalunya menantikan musim peperiksaan dengan perasaan yang positif.

Mereka juga akan melangkah ke dewan peperiksaan dengan keyakinan. Tetapi berlainan pula senarionya bagi mereka yang suka mengulangkaji pada saat-saat ini. Golongan ini pasti berpeluh dan mengeluh tertekan sedangkan semua itu sepatutnya sudah dijangkakan. Mereka akan sentiasa berasa berdebar-debar dan melangkah ke dewan peperiksaan dengan seribu keraguan.

Sebenarnya tiada sebab untuk pelajar berasa cemas menghadapi peperiksaan. Ini kerana peperiksaan itu adalah sesuatu yang telah dijangkakan dan tarikhnya telah diberitahu terlebih dahulu. Guru-guru juga pastinya telah berulang-kali memberi peringatan tentang pentingnya membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan.

Menghadapi peperiksaan bak melangkah ke medan peperangan. Untuk menang dalam perang, kita haruslah mempunyai senjata, fikiran yang positif, keyakinan diri dan strategi yang baik. Bagi peperiksaan, senjatanya ialah ilmu yang diperolehi melalui ulang kaji yang konsisten. Fikiran yang positif dan keyakinan diri akan timbul secara semula jadi apabila pelajar telah membuat ulang kaji. Dalam soal strategi pula, pelajar harus bijak menyusun jadual ulang kaji, mengenal pasti topik yang akan diuji dan meramalkan bentuk soalan yang mungkin diajukan.

Sayangnya ramai yang memandang mudah soal peperiksaan, khususnya peperiksaan pertengahan tahun. Golongan ini berasakan bahawa peperiksaan pertengahan tahun tidak penting kerana yang menentukan sama ada mereka dapat naik kelas atau tidak adalah peperiksaan akhir tahun. Ini adalah satu anggapan salah. Sebenarya, markah peperiksaan akhir tahun turut membentuk keseluruhan markah penilaian untuk menentukan kelakonan pelajar dan sama ada pelajar itu dapat naik kelas atau tidak.

Selain itu, cuba fikirkan, jika kamu sukar untuk lulus dalam peperiksaan pertengahan tahun, bagaimana pula harapan untuk lulus peperiksaan akhir tahun yang biasanya lebih mencabar dan menguji jauh lebih banyak topik?

PSIKOLOGI....PUPUK RASA HORMAT DALAM DIRI ANAK-ANAK

ANAK-ANAK akan hormat sesiapa sahaja yang pada mereka patut dihormati. Sifat anak-anak memang amat memerhati. Jika ibu bapa menunjukkan contoh kelakuan yang kita inginkan daripada anak-anak, maka mereka akan ikut contoh yang diberi dan akan menghormati diri kita.

Berapa ramai di antara anak-anak kita yang tidak kelu lidah mengeluarkan kata-kata kesat apabila berbual dengan teman-teman? Tidak hairan jika jawapannya ada- lah daripada ibu bapa mereka sendiri. Kita ajar dan arah mereka menjadi seseorang yang kita mahukan tetapi hakikatnya mereka akan menjadi seseorang yang seperti kita.

Anak-anak sering ingin menduga apa benarkah mereka disayangi dan mereka sering lakukan ini dengan berbuat nakal. Kita boleh mengajar mereka patuh perintah dan hormat dengan:

1. Mendengar
Bukan setakat angguk-angguk kepala tetapi mendengar dengan mata, teli- nga dan hati. Dengarkan kata-kata yang ingin mereka luahkan walaupun anda tak ada 'mood', bosan dan penat. Nescaya mereka akan dengar kata-kata anda sehingga mereka dewasa.

2. Disiplin
Ini adalah cara me- nunjukkan anak-anak bahawa mereka dihargai dan disayangi. Jika anda ingin katakan 'tak boleh', katakan sahaja demikian; tidak seharusnya tunduk pada kemahuan mereka. Antara cara mendisiplin: Tegas tanpa menyindir atau memperkecilkan anak. Misalnya, katakan, 'buat latihan bahasa Melayu sekarang' dan bukan 'dah pandai sangat ke, tak nak belajar lagi?' Kata-kata positif, bukan leteran. Banyak berleter boleh mengundang kebencian anak. Misalnya, katakan, 'ya, mak tahu kau ingin ke majlis itu tapi mak tak dapat benarkan kerana...' dan bukan 'apasal degil, aku tak nak dengar lagi pasal majlis tu... wah mentang-mentang dah besar...' Jangan kelak, mereka secara auto- matis memekakkan telinga ketika anda berbicara.

3. Bersabar
Hakikatnya anak akan tetap menguji kesabaran. Yang penting, kendali perasaan marah agar anak-anak tidak perlu menyaksikan adegan hilang sabar seperti menghempas barang, memukul, memaki dan lain-lain. Hitung sampai seratus jika perlu, istighfar, minum air atau baring seketika. Jangan kelak mereka juga hilang sabar dengan anda dan ikut cara anda; bertenang atau 'naik hantu.'

4. Bersifat konsisten
Ada di antara kita yang begitu serius dan disiplin di hadapan anak-anak tetapi bertukar menjadi pelawak, pelakon dan dramatis di luar rumah. Melainkan kerjaya anda memang sebagai pelawak, pelakon dan dramatis, anak anda akan terlihat sifat anda yang tidak konsisten. Lain di dalam dan lain di luar. Kelak mereka ikut yang sama, depan ibu bapa warak dan bertudung lingkup tapi berskirt pendek dan bermekap tebal ketika bersama teman.

5. Cakap seperti yang dibuat, buat seperti yang dicakapkan
Tidak mahu anak memaki, usahlah memaki; tidak mahu anak biadab, usahlah bersifat biadab, ingin anak sabar, tunjukkanlah kesabaran.

6. Bercakap benar
Sering kali anak-anak harus menyaksikan ibu bapa bercakap bohong. Bapa menelefon bos tidak dapat ke pejabat kerana anak sakit tetapi sebenar- nya tidak. Jika kita punyai tabiat berbohong, anak kita akan lebih lagi.

7. Jujur, tidak hipokrit
Ingatlah, anak-anak akan patuh dan hormat pada kita jika diterapkan disiplin dan diberi contoh teladan yang baik. Memang, ibu bapa adalah manusia biasa yang tidak sempurna dan tidak sunyi daripada melakukan kesilapan tetapi anak-anak begitu bijak. Mereka tahu sama ada ibu bapa menyayangi atau adakah mereka bersikap jujur. Jika benar, mereka akan tetap menghormati kita.

Nota: Penulis ialah siswazah Psikologi Amali Universiti Southern Queensland dan juga ibu tiga anak yang berusia antara 10 dengan lima tahun.

BANTU ANAK KEKAL TENANG PADA MUSIM PEPERIKSAAN

Untuk murid:

. Makan makanan sihat semasa bersahur supaya cukup tenaga.

. Periksa semula tarikh, waktu dan tempat peperiksaan.

. Keluar rumah awal pada hari peperiksaan supaya tidak kelam-labut.

. Pastikan perkakas menulis mencukupi sehari sebelum peperiksaan.

. Cuba leraikan perasaan cemas dengan duduk di sudut sunyi di sekolah.

. Pergi ke tandas sebelum peperiksaan bermula.

. Baca arahan dan soalan dengan teliti. Ramai murid membuat kesilapan dalam bahagian ini.

. Bahagikan masa yang boleh diluangkan untuk setiap soalan.

. Gunakan panduan tempoh masa yang harus digunakan untuk menjawab sesuatu soalan.

. Elak daripada melakukan kesilapan kerana cuai. Tentukan bahawa adik-adik mempunya 10-15 minit pada akhir kertas peperiksaan untuk menyemak semula jawapan adik-adik.

Untuk ibu bapa:

. Tentukan bahawa anak-anak anda mendapat tidur yang cukup, bukan sahaja pada malam sebelum peperiksaan malah dalam tempoh masa dia mengulang kaji pelajarannya.

. Juadah untuk berbuka dan bersahur haruslah berkhasiat. Jus buah-buahan adalah satu sumber vitamin dan khasiat asli untuk anak anda.

. Bawa anak-anak bersiar-siar di kawasan estet perumahan untuk menenangkan fikiran
mereka .

.Ulang kaji pelajaran bersama-sama anak anda, dengan menumpukan perhatian kepada topik penting dan konsep kunci.

. Jangan tambahkan tekanan kepada diri anda dan anak anda dengan harapan yang melampaui kebolehan anakanak anda.

. Kekal positif dan berikan anak-anak anda kata-kata perangsang.

PANDUAN KELUARAN KHAS LEARNING DISCOVERIES

GARIS PANDUAN....CARA DIDIK ANAK

1. Bercakap
APABILA anak membuat kesalahan, beritahunya secara tenang mengenai peraturan yang dilanggarnya. Tanya kepadanya apakah kelakuan yang sepatutnya dilakukan. Kemudian beritahunya akibat perbuatannya.

2. Ganjaran
Ia boleh dilakukan dalam bentuk pujian, mengiktiraf kelakuan positif dan sekali-sekala memberikan hadiah. Dengan cara ini, kelakuan baik dapat diperkukuhkan. Tetapi usah biarkan anak sentiasa mengharapkan kebendaan.

3. Mengasingkan
Asingkan anak buat sementara sehingga dia berjanji mengubah kelakuannya, tetapi usah terlalu lama. Ini juga dapat memberi anda masa untuk mengawal keadaan. Antara cara ialah mengasingkannya dengan menyuruh dia berdiri di satu sudut atau bersendirian di dalam bilik. Perdamaian harus dibuat untuk meyakinkan semula anak itu.

4. Mendenda
Terdapat dua bentuk denda. Menarik balik keistimewaan yang diberikan seperti tidak boleh menonton televisyen atau menyuruh anak mengemas apa yang diselerakkan atau memberinya tugas tambahan terutama kepada anak yang lebih dewasa.

5. Merotan
Jika dilakukan sekalipun haruslah sederhana dan hanya pukul di bahagian punggung sahaja.

Sumber: MCYS

PANDUAN....MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Galak anak ulang kaji pelajaran lebih awal

Galak anak ulang kaji pelajaran lebih awal CARA terbaik untuk membantu anak anda mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan adalah dengan permulaan awal. Oleh itu, ibu bapa tidak seharusnya membiarkan anak-anak mereka meninggalkan buku secara keseluruhannya selepas musim peperiksaan.

Sebaliknya, masa lapang semasa cuti sekolah harus digunakan untuk mengulang kaji pelajaran selanjutnya atau memperbaiki pemahaman asas dalam sesuatu subjek. Jika mampu, anda boleh menghantar anak anda ke bengkel atau kursus pendidikan yang sesuai untuk memperbaiki markah anak-anak anda dalam aspek-aspek berikut:

Memperbaiki karangan Teknik penulisan kreatif, kosa kata dan pembentukan ayat.
Memperbaiki pemahaman Membaca dan memahami, teknik berfikir secara kritikal dan teknik menjawab soalan. Memperbaiki markah lisan Aktiviti berpidato dan drama serta kegiatan menambah kayakinan diri. Memperbaiki sains Pelajari teknik mengingati maklumat dan menyusun maklumat dengan cara mudah.

Memperbaiki matematik Memperbetulkan pemahaman asas menge- nai konsep dan tentukan tahap kemampuan anak melalui ujian diagnostik.

Monday, February 9, 2009

PASTIKAN PEMBIMBING RUMAH TANGGA BENAR-BENAR LAYAK

KAWAN Oteh tampak kecewa dengan sikap sesetengah badan yang menguruskan kursus bimbingan rumah tangga.

Baru-baru ini, terdapat surat pekeliling meminta para pembimbing berusia antara 25 dengan 45 tahun membantu pasangan bermasalah (lazimnya dalam lima tahun perkahwinan).'Tak masuk akal. Sebab, pembimbing mestilah orang berpengalaman dalam soal rumah tangga.

'Jika tiada sijil pun, sekurangkurangnya pembimbing itu terbukti ibu atau ayah yang sudah berjaya membesar anak-anaknya.'Jadi, orang tua ganyut macam kita pun masih lagi relevan,' kata kawan Oteh.

Hendak ketawa Oteh dibuatnya dengan perkataan 'relevan'.Sebenarnya, 'relevan' merupakan sesuatu kekata penuh risiko. Namun, orang tua macam Menteri Pembimbing, Encik Lee Kuan Yew, telah membuktikan 'relevan' mestilah tengok pada orangnya.

Ada anak muda pun tak relevan jika fikirannya tidak matang. Ilmunya setakat itu dan itu saja.
Kini ramai orang tua yang arif pakai komputer. Jika diberi peluang belajar lagi, mereka sanggup.
Bahkan mereka suka bekerja daripada duduk rumah, bersembang di kedai kopi dan sebagainya.
Untuk membantu pasangan muda yang belum mantap, maka pembimbing mestilah betul-betul berpengalaman. Bahkan Oteh syorkan diadakan semacam pensijilan pembimbing.

Terlebih dulu, para pembimbing, baik yang usianya masih 'pemuda' (25-39), 'dewasa' (40-50), mahupun tua (51-63) - ikut usia Nabi saw kita - mesti hadiri kelas. Mereka perlu duduk periksa mudah untuk menilai setakat mana kearifan mereka.

Maklumlah kini zaman sijil dan ijazah. Setidak-tidaknya seseorang itu sudah terbukti dalam bidangnya menerusi penulisan atau pelibatannya.Memang diakui rumah tangga Muslim sering rapuh, terutama dalam peringkat lima tahun pertama perkahwinan.

Sebabnya mudah:
ibu bapa tak lagi dapat memantau dan mengawal anak mereka yang sudah tidak tinggal sebumbung.Lagipun, Oteh perhati perkahwinan muda sering disebabkan nafsu, terutama di pihak suami. Bila sudah berumah tangga dan timbul tanggungjawab, si suami mula tunjuk perangai macam masih bujang.

Oteh lebih salahkan suami kerana dialah 'khalifah' rumah tangga. Pun ada juga isteri yang cuai dan semakin berani menentang suami.Oteh yakin jika kita mempunyai banyak pembimbing rumah tangga - katakanlah seorang bagi setiap lima pasangan - akan ada rangkaian nasihat berguna.

Sayang sekali asas berumah tangga Muslim kita sering dirapuhkan oleh penekanan yang tidak perlu. Mengapa mesti buat kerja kahwin besar-besaran? Kemudian berhutang sana-sini.
Ikutlah cara Nabi kita adakan majlis walimah yang amat sederhana untuk dua orang teristimewa, sahabatnya, Sayidina Ali, dan anaknya, Fatimah.

Memang tiada salah buat kerja kahwin besar-besaran. Tapi mampu atau tidak? Jika tidak, berpada-padalah saja.Sebaik-baiknya majlis walimah itu dibanyakkan acara zikir dan doa selamat serta nasihat untuk pasangan.

Tunjukkan bahawa seluruh masyarakat, khususnya anggota kerabat, tidak mahu kebahagiaan mereka pada hari mereka menjadi raja dan permaisuri sehari saja - tetapi berterusan sehingga akhir hayat.Ini tidak, majlis walimah penuh dengan lagu yang bukan-bukan, termasuk lagu Hindustan yang kita tak faham maksudnya.

Oteh rasa kita perlu adakan reformasi atau pembaharuan pada lembaga perkahwinan kita - sejak detik perkenalan sehingga walimah. Sebab, apabila asasnya kuat, rumah tangga kita akan kukuh, biar sekuat mana ribut taufannya.

Oleh
Pak Oteh

FIKIR PANJANG DAN USAH BERTINDAK TERBURU-BURU

AHAD lalu, ketika berada di satu majlis perkahwinan anak kawan Nenek (kawan sewaktu bersekolah menengah dulu), maka ramailah kawan yang Nenek jumpa.

Faham-faham sajalah apabila kawan yang sudah berpuluh-puluh tahun tidak bertemu, tiba-tiba berjumpa dalam majlis seumpama itu.Kecoh... ada yang sudah tidak kami kenali, ada yang sudah bercucu, ada yang wajahnya berbeza langsung dan macam-macam lagi.

Antara ramai kawan yang kami temui itu, seorang kawan lelaki yang boleh dikatakan rapat juga dengan kami, tidak hadir.'Salim tak diundang ke?' tanya Nenek kepada Zaidah, kawan sekelas kami dulu.'Jemput, tapi dia tak boleh datang. Sakit, kata anaknya,' kata Zaidah yang tinggal berdekatan dengan Salim.

'Sakit apa?' tanya Nenek.'Entahlah... tapi dengar-dengarnya dia gila talak,' kata Zaidah sambil terkekek-kekek ketawa.'Eh... ada-ada saja awak ni Zaidah. Pandai-pandai kata orang tu gila talak,' kata Nenek.

'Betul... sejak berpisah dengan isterinya lapan tahun lalu, dia jadi murung, suka menyendiri, tak mahu pergi undangan majlis kahwin dan banyak lagi perangainya.'Dia asyik ingat isterinya saja. Tengok gambar isterinya, cium gambar isterinya dan kadang-kadang sebut-sebut nama isterinya.

'Yang aku dengar, bukan isterinya yang minta cerai, tapi dia yang ceraikan isterinya. Dia tu kan panas baran, jadi kerana marahkan isterinya, dia terus ceraikannya,' tambah Zaidah bersungguh-sungguh.

'Kesian ya,' kata Nenek.Cakap pasal gila talak ni, Nenek rasa memang kesian benar dengan orang-orang yang mengalaminya.Ini semua gara-gara tidak fikir panjang, bertindak tergesa-gesa mengikut perasaan, bukan mengikut fikiran.

Jadi, apabila sudah membuat sesuatu tindakan, barulah menyesal, barulah berasa sedih dan kecewa.Tapi, nasi sudah menjadi bubur... apa nak dikata lagi. Nak diolah macam mana pun, ia tetap lembik, tak boleh keras kembali menjadi nasi.

Suka atau tidak, terpaksalah makan... kalau enggan makan, humbankan sajalah ke tong sampah.
Tapi dalam keadaan ekonomi gawat seperti ini, sayang kalau dibuang makanan begitu saja.
Kata orang, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Berbalik kepada kawan Nenek si Salim tu, menurut Zaidah, dia kini tinggal dengan anak perempuannya yang bongsu bersama keluarganya.'Baik juga ada cucu-cucu yang selalu menghiburkannya. Jadi, keadaannya sudah semakin baik sekarang ni.'Walaupun perceraiannya sudah kira-kira lapan tahun, si Salim mungkin masih belum dapat melupakan sepenuhnya isterinya tu.

'Lagipun aku rasa dia menyesal. Sebab itulah dia jadi macam tu. Tapi alhamdulillah, sekarang ni keadaannya dah baik.'Cuma aku dengar, dia kurang suka ke majlis-majlis kahwin seperti ini, kecuali keluarga terdekat.'Agaknya kalau dia ke majlis kahwin, terasa ingin nak kahwin lagi tak?' kata Zaidah sambil ketawa lagi terkekek-kekek.

Nenek senyum saja. Dalam hati, Nenek berasa sangat simpati terhadap Salim.
Mudah-mudahan ia menjadi iktibar kepada kita semua agar tidak bertindak melakukan sesuatu secara terburu-buru.Nenek rasa kita harus berfikir panjang, fikir sedalam-dalamnya agar setiap tindakan yang kita lakukan tidak membuat kita menyesal.

Oleh
Nenek

RIZAB KELUARGA PENYELAMAT MASA SUKAR

APAKAH negara dan kita sendiri mempunyai rizab atau simpanan wang yang mencukupi?

Isu rizab negara dan keluarga ini hangat dibincangkan.Antaranya oleh Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Dr Muhammad Faishal Ibrahim, semasa membahaskan Belanjawan 2009 di Parlimen Rabu lalu.

Beberapa AP lain juga menekankan peri pentingnya rizab negara di samping peranannya dalam membantu Singapura mengharungi kesuraman ekonomi sekarang.Penulis tetap Forum, Encik Mohd Ikhlash Abdullah, turut melahirkan keprihatinan serupa dalam ruangan tersebut (Mulakan rizab keluarga untuk harungi krisis, BH, 4 Februari).

Mengetengahkan betapa pentingnya rizab yang dikumpul negara dan keluarga, Dr Muhammad Faishal berkata:'Simpanan atau tabungan dilakukan dalam masa-masa senang, dengan lebihan belanjawan disimpan dalam rizab negara. 'Lama-kelamaan rizab ini semakin bertambah dan menjadi sumber penting khususnya dalam masa sukar sekarang.

'Amalan ini mesti dicontohi warga setempat.
'Rizab yang dikumpul setiap keluarga akan menjadi sumber penting semasa mereka menghadapi masa sukar seperti sekarang dengan adanya risiko dikurangkan gaji atau lebih buruk lagi, diberhentikan kerja.'

Pandangan beliau dikongsi oleh Encik Mohd Ikhlash yang menyatakan:
'Dalam masa sekarang, baru kita dapat rasakan betapa pentingnya rizab negara kita yang bertindak bak insurans bagi penakatan Singapura.'Justeru, timbul persoalan jika pemerintah berdisiplin dalam aspek menabung, berapa ramaikah agaknya institusi keluarga kita yang mencontohi amalan positif ini?'

Soalan beliau agak mencuit minda.
Namun, jawapannya ada pada kita sendiri.
Para pakar kewangan menyatakan jika kita mempunyai simpanan melebihi enam bulan perbelanjaan keluarga, kita boleh menarik nafas lega sedikit.

Contohnya, jika perbelanjaan keluarga mencecah $2,000 sebulan, kita harus mempunyai sekurang-kurangnya $12,000 dalam rizab keluarga, demi menangani sebarang keperluan kecemasan.Ini seperti sakit pening anggota keluarga, atau ada anggota keluarga yang dipotong gaji atau diberhentikan kerja, khususnya dalam kelembapan ekonomi sekarang.

Malah, lebih baik lagi jika kita mempunyai rizab lebih besar daripada tempoh enam bulan itu agar kita tidak mudah jadi panik, gelisah dan rasa tertekan dek perlu melunaskan pelbagai bayaran.Jika kita masih belum mempunyai rizab sebanyak itu, sewajarnya kita harus mula berfikir secara serius dan mendalam.

Bertindak segera dan mulalah mengetepikan sebahagian pendapatan bulanan secara tetap.
Biar sedikit (daripada tiada langsung) kerana lama-lama ia boleh menjadi bukit. Contohnya, mengadakan simpanan tetap antara $50 dengan $200 sebulan akan menghasilkan simpanan $600 hingga $2,400 setahun.Pakar kewangan menyarankan simpanan bulanan minimum 10 peratus gaji.Namun, lebih banyak yang dapat diketepikan, lebih banyak pula yang dapat disimpan sepanjang tahun.

Akhirnya, kita sendiri dapat tersenyum lega melihat rizab yang ada.Rizab ratusan dolar akan meningkat kepada ribuan dolar dan kemudian puluhan ribu dolar, dan jika amalan menabung diteruskan, boleh mencecah pula ratusan ribu dolar.

Apakah ini mustahil?

Pasti tidak jika kita mempunyai disiplin, iltizam dan tekad untuk memperbaiki kehidupan keluarga selain tidak mahu terperangkap dalam keadaan kurang bersedia dalam menangani apa jua kecemasan.Tanggungjawab ini khususnya kepada ketua keluarga yang seharusnya membuat rancangan kewangan demi memastikan kehidupan selesa keluarga.

Kini, beberapa pertubuhan Melayu/Islam setempat mengadakan pelbagai program rancangan kewangan.Antaranya adalah Program Bijak Belanja anjuran Rangkaian Forum Pemimpin Masyarakat (CLF) dan program Bijak Merancang Wang yang dikendalikan Angkatan Karyawan Islam (AMP).Sebaik-baiknya, bagi yang belum menyertainya, daftar dan sertailahnya demi meraih ilmu dan manfaat.

Sementara itu, bagi mereka yang kurang berdisiplin mengetepikan wang secara tetap, ada beberapa bank yang menyediakan khidmat memotong sejumlah wang daripada akaun mereka setiap bulan.Ini termasuklah MySavings Account kendalian POSB.

Akhir kata, rizab negara telah menjadi penyelamat penting kepada negara dalam mengharungi masa-masa sukar selain membolehkan pemerintah membiayai pelbagai program dan skim demi merancakkan ekonomi dan membantu warga setempat.
Begitu juga dengan rizab keluarga. Ia menjadi sumber penting dan penyelamat bagi sesebuah keluarga untuk meneruskan rutin harian seperti persekolahan anak-anak, pembelian barangan dapur dan makanan yang dapat dibereskan tanpa banyak masalah.

Oleh itu, usahlah kita berlengah atau sehingga berulang kemelut ekonomi sebelum mahu bertindak. Kelembapan ekonomi sekarang harus dijadikan iktibar bagi kita semua.
Dan satu pengajaran paling bernilai yang terpahat dalam minda adalah perlunya diperkukuh rizab keluarga, dan ini mestilah dilakukan setiap masa - khususnya dalam masa lapang, sebelum tiba waktu sempit.

ADAT MELAYU PANTANG CAKAP PATAH-MEMATAH, PANTANG BICARA CERCA-MENCERCA

ADAT resam Melayu mengajarkan agar setiap orang hendaklah menjunjung tinggi dan mengamalkan nilai-nilai luhur budayanya dalam setiap percakapan dan tindakan atau perilakunya.

Ini termasuk kesantunan dalam percakapan atau ketika menyampaikan pendapat dan sebagainya.
Orang yang tidak mampu menunjukkan kesopanan, lazim disebut sebagai 'orang yang tak tahu adat' atau 'orang yang tidak beradat' atau 'orang yang kasar langgar'.

Sebab itulah, orang Melayu sejak zaman berzaman sering mendidik anak-anak mereka agar menitikberatkan sopan santun dalam percakapan.

Misalnya, anak-anak dilarang menyampuk percakapan orang tua. Anak-anak yang suka menyampuk percakapan orang tua sering kali dianggap kurang ajar dan kurang menghormati orang tua.

Sememangnya anak-anak muda darahnya panas dan emosinya mudah berubah.
Justeru pantang larang ini dikenakan supaya anak-anak dapat berfikir secara rasional dan matang, sebelum bercakap atau mengambil sesuatu tindakan.

Dalam sesuatu percakapan, orang Melayu sering diajar agar redup pandangan, tidak gelisah mental dan perlakuan.Mereka sentiasa diingatkan supaya tenang berbicara agar dapat mencapai keputusan yang betul dan dipersetujui bersama.

Adat Melayu, pantang cakap patah-mematah, pantang bual jual-menjual, pantang bicara cerca-mencerca, pantang mulut carut-mencarut.Asas bercakap dalam budaya Melayu menjadikan mereka orangorang yang cermat, bijak dan teliti dalam berbahasa.

Dari sinilah muncul anggapan bahawa orang Melayu adalah orang yang penuh sopan santun, halus bertutur kata, arif dan bijak dalam berbahasa.Lidahnya lembut dan menyejukkan hati, tutur katanya manis dan membawa ketenangan dan kedamaian, perilakunya ramah-tamah penuh ikhlas dan ketulusan, serta terbuka dan bersangka baik terhadap siapa saja.

Inilah juga cerminan keperibadian Melayu yang Islami lagi terpuji.Dewasa ini, kita digalakkan bercakap. Namun cakap-cakap yang bagaimanakah yang dianggap bermutu?

Kepetahan bercakap dengan becok bercakap sememangnya berbeza. Seseorang yang petah bercakap berupaya menggunakan bahasanya dengan baik dan berkesan tanpa sebarang keraguan dan halangan komunikasi.

Orang yang petah bercakap berupaya menyampaikan maksud isi percakapan dengan jelas, tahu memilih perkataan yang tepat, tahu konteks dan percakapannya bermaklumat serta bersifat dua hala. Becok bercakap pula umpama burung murai yang tidak berhenti-henti berbunyi tetapi pendengar kurang memahami maksud butir bicaranya.

Penggunaan bahasanya kelam kabut, pemilihan perkataannya asal sembur, tatabahasanya tidak terkawal dan bahasanya juga bercampur aduk. Orang yang becok bercakap selalunya lebih menumpukan perhatian pada kelajuan kata-kata daripada memerhatikan pilihan kata sehingga sering kali mengguris perasaan orang yang tersentuh.

Apabila bercakap, kita perlulah punya maklumat yang hendak disampaikan.Maklumat itu perlulah mengandungi isi yang baik. Isi yang baik memerlukan si pembicara punya ilmu dan pengetahuan tentang perkara yang hendak dicakapkannya. Sekiranya tidak, percakapannya umpama tin kosong.

Justeru sekiranya kita tidak punya maklumat benar dan lengkap, tidak perlulah bercakap.
Kadangkala, diam sebagai pemerhati lebih baik daripada sibuk ingin mengutarakan pendapat yang tidak bernas.

Sunday, February 1, 2009

So Cute....




Madah

KEIKHLASAN IBARAT PERMATA, WALAU DIMANA IA BERADA IA TETAP INDAH DAN BERHARGA .=. STRYKERZ

SATU PERSATU LANGKAH DI ATUR,BAGAI BERJUANG DI PAPAN CATUR .=. THE HUNTER.

ILMU ITU SULOH HIDUP TANPA ILMU AKAN GELAPLAH HIDUP KITA .=. PUTERA

IMPIAN ORG YG BERANI MELIHAT KENYATAAN ATAS DIRINYA AKAN MEMPERBAIKI KELEMAHANNYA.KEBERANIAN SESEORG AKAN MEMBAWA KEMENANGAN KEPADANYA .=. LADYSEMUT

PENYESALN SELALUNYA MUNCUL DIAKHIR PRBUATAN, FIKIR DAHLU SETIAP TINDAKN & LAGKAH SERTA KATA2 YG HENDK DLAFAZKN, AGR TIADA PENYESALN YG TAK BRPENGHUJUG .=. RISHA

BEFIKIRLAH SECARA POSITIF TEHADAP ORG LAIN & KETAHUILAH BETAPA INDAH DUNIA INI,TUNJUKKAN BAHAWA KITA MENGUTAMAKAN SESAMA MANUSIA DRPD SEGALA2NYA .=. PAKMALAU

INSAN TDK DIKURNIAKAN DGN PENUH KESEMPURNAAN. BUKAN SEMUA YG DIKEJAR ITU DLM GENGGAMAN & BUKAN SEMUA KEMANISAN ITU SIMBOL KEGEMILANGAN .=. ANAKCINA

BRANGSAPA YG HATINY T'SANGKUT D DUNIA,AKAN T'SANGKUT KPD 3 P'KARA:KESEDIHN YG TIDAK B'AKHIR,ANGAN YG TIDAK T'CAPAI DN HARAPN YG TIDAK KUNJUNG DTG .=. RIMA KHAN

BARANGSIAPA YG IKHLAS NIATNYA,NESCAYA IA DCUKUPKAN OLEH ALLAH REZKI N KSEMPURNAAN HIDUP .=. MARIA A.M

TIADA HARAPAN SELAIN ALLAH SWT,TIADA IDOLA SELAIN NABI S.A.W,TIADA KATA SEINDAH AL-QURAN, TIADA JALAN SELURUS AS-SUNNAH,TIADA PERJUANGAN SELAIN ISLAM .=. MIR

FIKIR DAHULU SEBELUM BERBUAT SESUATU PERKARA,JANGAN BUAT SESUATU SEBELUM BERFIKIR KERANA AKHIR NYA KITA AKAN TERFIKIR JUA.DARI TAZMANIAN DEVIL.

HATI2LAH DLM MNGELUARKAN SUATU PRKATAAN, KRNA SATIAP UCAPAN YG SUDAH KLUAR ITU TDK DPT D HAPUS SAPERTI TULISAN. WALAUPUN KITA DFITNAH JGMLAH KITA BALAS PBUATANNYA MALA KITA DOAKAN AGAR ALLAH MENAMPUNKAN DOSA .=. AYUNI

HARGAI SETIAP PEMBERIAN KERANA PEMBERIAN ITU SATU INGATAN .=. CT.NORAIN

TIAP KHIDUPAN ADA KEMATIAN,TIAP KMATIAN ADA KLAHIRAN,TIAP KKURNGAN ADA KLBHAN,TIAP KLBHAN ADA KLMHAN.SYUKURI & REDALAH ATAS SGALA KURNIA DRNYA..

Madah

JANGANLAH GUNAKAN KATA KATA YANG DIKATAKAN, UNTUK DIPERKATAKAN PADA ORANG LAIN UNTUK DIKATAKAN BERULANG KATA .=.KAMAL ANANG.

GINCU YG CANTIK IALAH SENYUMAN, CELAK YG INDAH IALAH PANDANGAN,MANAKALA KELEMBUTAN DLM PERTUTURAN ADALAH KERBERSIHAN JIWA SEORANG WANITA.

JAGA LIDAH MU KERANA LEMBUT NYA BOLEH MEMBUNUH SEKEPING HATI. DAN FIKIR SE BELUM BERKATA2 .=. MAMA WIDYA PASIR RIS.

BERGAUL LAH DENGAN MANUSIA SEBAIKNYA, SEHINGGA KALAU KAMU MATI MEREKA TANGISI DAN KALAU KAMU HIDUP MEREKA SELALU MERINDUI KAMU.=.(RAMLAH DS'BWANG)

MANUSIA YG MENGHADAPI MASAALAH DGN TENANG MENDEKATKAN DIRI MENJADI SEORNG INSAN SIPENGECUT AKAN DIKEJAR MASAALAH KEMANA JUGA IA LARI .=. PAK MUDA

SESUNGUHNYA SYAITAN BERLARI DLM TUBUH ANAK ADAM SBAGAIMANA BERLARINYA DARAH. DARITU SEMPITKAN LAH JALANYA DGN CARA BERLAPAR .=. UMI

BILA MATA B'TEMU MATA AKN MULA RASA KASIH.BILA HAT B'TEMU HATI AKN MULA RASA SYG,TAPI BILA DAHI B'TEMU SEJADAH AKN T'RASA K'BESARN ALLAH!.=.NURSE POWER

TIADA SOLAT YG SEMPURNA TANPA JIWA YG KHUSYUK & TIADA PUASA YG SEMPURNA TANPA MENCEGAH DIRI DARI PERBUATAN YG SIA2.=.LINSAL

DIAM ITU EMAS,BICARA ITU PERAK.RAMAI YG MENYESAL KERNA TERLANJUR PBICARAANYA N RAMAI YG BSYUKUR KERNA DIAM.TAPI SDIKIT YG BBUAT DEMIKIAN-

PERJALNN HIDP INI TDK SEMUANYA LURUS. ADA JLN BERCABG. KEKDG JLN MATI YG DITEMUI. PILIHLH JLNMU DGN BERHATI-HATI .=. NALOKUTU

'ISTILAH SABAR YG SEBENAR HANYA DPT D RASA OLIH MRK YG UJI OLIH ALLAH DGN KESABARAN ITU'.=.APIPAH.

HARGAILAH APA YG ANDA MILIKI SKRG KRN JIKA ANDA TDK M'HARGAINYA, KEKESALAN YG AKAN ANDA TANGGUNGI JIKA ANDA AKAN KEHILANGANNYA SUATU HARI NANTI .=. DR VSF

BATU PERMATA YG BLM DICANAI DIIBARATKAN SEPRTI KASIH, SESUDAH DICANAI MENJADI SAYANG, JIKA DIJAGA RAPI AKAN MENJADI CINTA YG TIADA TERNILAI HARGANYA = ROZY

JANGANLAH EGO DGN PENDAPAT SENDIRI. TETAPI MENGALAHLAH BILA TERNYATA PENDAPAT YG BENAR ADA DI PIHAK LAIN .=.KAMAL SURESH

BIAR JUJUR JGN CKP DUSTA.JADI ITU JGN LUPA BIAR BERCKP DGN LULUS DIHATI SENDIRI .=. KECEWA