Thursday, March 5, 2009

JANGAN SERAH KALAH PADA PENYAKIT

SEJAK kebelakangan ini, banyak betul rencana atau berita tentang kesihatan dimuatkan di media massa.Memang patutlah macam tu sebab kesedaran tentang pentingnya kesihatan kini semakin diberi perhatian oleh orang ramai.

Yalah... semakin ramai orang menghidapi penyakit kronik. Kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung macam 'benda biasa' saja. Ramai yang apabila masuk saja usia setengah abad, dah mulalah ada saja macam-macam penyakit, terutama ketiga-tiga penyakit yang Nenek sebutkan tadi.

Itu belum lagi kadar kolesterol tinggi yang juga dihidapi ramai orang.Isy... isy... isy... ngeri betul ya kalau terkena penyakit-penyakit macam tu. Tapi apa nak buat, Nenek selalu dengar orang kata, jaga punya jaga pun, kalau dah nak kena penyakit tu, apa nak buat?

Betul ke kalau kita cakap macam tu? Kita selalu dengar kata-kata 'kita adalah apa yang kita makan'. Jadi mana yang betul?Nenek rasa betullah tu... kita 'memang apa yang kita makan'. Kalau dari muda kita tak jaga makan, kita 'sebat' saja apa yang ada di depan mata, akibatnya apabila umur meningkat, macam-macam penyakit yang hinggap di tubuh.

Tentunya semasa usia muda, masih sihat, masih gagah dan masih kuat, kita tidak pernah terfikir soal menjaga pemakanan.Jadi, semuanya kita ngap! Apatah lagi kebanyakan orang Melayu kita ni memang suka makan.Tengok sajalah... hampir setiap minggu ada jemputan kahwin, ada kenduri, rumah terbuka untuk yang baru berpindah ke rumah baru, kalau Hari Raya pula, ada juga rumah terbuka.

Makanan yang dihidangkan enak-enak belaka.Nasi beriani, nasi ayam, nasi lemak, ayam goreng, mi goreng, epok-epok, perata, kuih-muih kita yang banyak gunakan santan dan gula, bubur kacang dan seumpamanya, semua itu biasanya menjadi hidangan dalam majlis- majlis seperti itu.

Nenek tidak nafikan, semua itu memang sedap. Nenek sendiri pun suka. Cuma sekarang, Nenek terpaksa jaga-jaga. Kena kawal nafsu. Banyakkan minum air jarang. banyakkan senaman - yang ringan-ringan sajalah, maklumlah, orang lama...

Mudah-mudahan Allah jauhkan kita semua daripada segala penyakit, insya-Allah.
Tapi kalau dah terkena penyakit, macam mana? Nenek rasa kita terpaksa terima hakikat. Cuma, bagi Nenek, apa yang penting ialah kita mesti berfikiran positif. Jangan menyerah kalah. Jangan tidak berusaha untuk sembuh.

Seorang teman Nenek, Temah, yang menghidap kencing manis, selalu mengeluh dan mengakui sudah 'tak kuasa' nak melayan penyakitnya itu.'Alah... aku jaga makan, tak makan manis-manis, tak makan lemak-lemak pun... penyakit ni tetap tak kurang. Sekarang aku tak peduli, aku makan aje ikut sedap tekak.

'Kalau nak sakit, nak mati, kita jaga macam mana pun, tetap sakit dan mati!''Eh! Tak boleh gitu Temah. Kalau kau tak jaga, penyakit tu boleh jadi makin teruk. Tapi kalau kau hati-hati jaga soal makanan, insya-Allah penyakit kau akan berkurang,' nasihat Nenek.

'Eleh... tak kuasalah. Selagi aku hidup, aku nak terus nikmati makanan sedap. Kalau sakit, makan sajalah ubat,' katanya.Temah... Temah... gasak kaulah! Tapi Nenek rasa, sikap Mak Temah tu tak bagusTak positif. Usah buat perangai macam tu...Bahaya!

Nenek

No comments:

Post a Comment