APAKAH negara dan kita sendiri mempunyai rizab atau simpanan wang yang mencukupi?
Isu rizab negara dan keluarga ini hangat dibincangkan.Antaranya oleh Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Dr Muhammad Faishal Ibrahim, semasa membahaskan Belanjawan 2009 di Parlimen Rabu lalu.
Beberapa AP lain juga menekankan peri pentingnya rizab negara di samping peranannya dalam membantu Singapura mengharungi kesuraman ekonomi sekarang.Penulis tetap Forum, Encik Mohd Ikhlash Abdullah, turut melahirkan keprihatinan serupa dalam ruangan tersebut (Mulakan rizab keluarga untuk harungi krisis, BH, 4 Februari).
Mengetengahkan betapa pentingnya rizab yang dikumpul negara dan keluarga, Dr Muhammad Faishal berkata:'Simpanan atau tabungan dilakukan dalam masa-masa senang, dengan lebihan belanjawan disimpan dalam rizab negara. 'Lama-kelamaan rizab ini semakin bertambah dan menjadi sumber penting khususnya dalam masa sukar sekarang.
'Amalan ini mesti dicontohi warga setempat.
'Rizab yang dikumpul setiap keluarga akan menjadi sumber penting semasa mereka menghadapi masa sukar seperti sekarang dengan adanya risiko dikurangkan gaji atau lebih buruk lagi, diberhentikan kerja.'
Pandangan beliau dikongsi oleh Encik Mohd Ikhlash yang menyatakan:
'Dalam masa sekarang, baru kita dapat rasakan betapa pentingnya rizab negara kita yang bertindak bak insurans bagi penakatan Singapura.'Justeru, timbul persoalan jika pemerintah berdisiplin dalam aspek menabung, berapa ramaikah agaknya institusi keluarga kita yang mencontohi amalan positif ini?'
Soalan beliau agak mencuit minda.
Namun, jawapannya ada pada kita sendiri.
Para pakar kewangan menyatakan jika kita mempunyai simpanan melebihi enam bulan perbelanjaan keluarga, kita boleh menarik nafas lega sedikit.
Contohnya, jika perbelanjaan keluarga mencecah $2,000 sebulan, kita harus mempunyai sekurang-kurangnya $12,000 dalam rizab keluarga, demi menangani sebarang keperluan kecemasan.Ini seperti sakit pening anggota keluarga, atau ada anggota keluarga yang dipotong gaji atau diberhentikan kerja, khususnya dalam kelembapan ekonomi sekarang.
Malah, lebih baik lagi jika kita mempunyai rizab lebih besar daripada tempoh enam bulan itu agar kita tidak mudah jadi panik, gelisah dan rasa tertekan dek perlu melunaskan pelbagai bayaran.Jika kita masih belum mempunyai rizab sebanyak itu, sewajarnya kita harus mula berfikir secara serius dan mendalam.
Bertindak segera dan mulalah mengetepikan sebahagian pendapatan bulanan secara tetap.
Biar sedikit (daripada tiada langsung) kerana lama-lama ia boleh menjadi bukit. Contohnya, mengadakan simpanan tetap antara $50 dengan $200 sebulan akan menghasilkan simpanan $600 hingga $2,400 setahun.Pakar kewangan menyarankan simpanan bulanan minimum 10 peratus gaji.Namun, lebih banyak yang dapat diketepikan, lebih banyak pula yang dapat disimpan sepanjang tahun.
Akhirnya, kita sendiri dapat tersenyum lega melihat rizab yang ada.Rizab ratusan dolar akan meningkat kepada ribuan dolar dan kemudian puluhan ribu dolar, dan jika amalan menabung diteruskan, boleh mencecah pula ratusan ribu dolar.
Apakah ini mustahil?
Pasti tidak jika kita mempunyai disiplin, iltizam dan tekad untuk memperbaiki kehidupan keluarga selain tidak mahu terperangkap dalam keadaan kurang bersedia dalam menangani apa jua kecemasan.Tanggungjawab ini khususnya kepada ketua keluarga yang seharusnya membuat rancangan kewangan demi memastikan kehidupan selesa keluarga.
Kini, beberapa pertubuhan Melayu/Islam setempat mengadakan pelbagai program rancangan kewangan.Antaranya adalah Program Bijak Belanja anjuran Rangkaian Forum Pemimpin Masyarakat (CLF) dan program Bijak Merancang Wang yang dikendalikan Angkatan Karyawan Islam (AMP).Sebaik-baiknya, bagi yang belum menyertainya, daftar dan sertailahnya demi meraih ilmu dan manfaat.
Sementara itu, bagi mereka yang kurang berdisiplin mengetepikan wang secara tetap, ada beberapa bank yang menyediakan khidmat memotong sejumlah wang daripada akaun mereka setiap bulan.Ini termasuklah MySavings Account kendalian POSB.
Akhir kata, rizab negara telah menjadi penyelamat penting kepada negara dalam mengharungi masa-masa sukar selain membolehkan pemerintah membiayai pelbagai program dan skim demi merancakkan ekonomi dan membantu warga setempat.
Begitu juga dengan rizab keluarga. Ia menjadi sumber penting dan penyelamat bagi sesebuah keluarga untuk meneruskan rutin harian seperti persekolahan anak-anak, pembelian barangan dapur dan makanan yang dapat dibereskan tanpa banyak masalah.
Oleh itu, usahlah kita berlengah atau sehingga berulang kemelut ekonomi sebelum mahu bertindak. Kelembapan ekonomi sekarang harus dijadikan iktibar bagi kita semua.
Dan satu pengajaran paling bernilai yang terpahat dalam minda adalah perlunya diperkukuh rizab keluarga, dan ini mestilah dilakukan setiap masa - khususnya dalam masa lapang, sebelum tiba waktu sempit.
Showing posts with label artikel. Show all posts

Monday, February 9, 2009
ADAT MELAYU PANTANG CAKAP PATAH-MEMATAH, PANTANG BICARA CERCA-MENCERCA
ADAT resam Melayu mengajarkan agar setiap orang hendaklah menjunjung tinggi dan mengamalkan nilai-nilai luhur budayanya dalam setiap percakapan dan tindakan atau perilakunya.
Ini termasuk kesantunan dalam percakapan atau ketika menyampaikan pendapat dan sebagainya.
Orang yang tidak mampu menunjukkan kesopanan, lazim disebut sebagai 'orang yang tak tahu adat' atau 'orang yang tidak beradat' atau 'orang yang kasar langgar'.
Sebab itulah, orang Melayu sejak zaman berzaman sering mendidik anak-anak mereka agar menitikberatkan sopan santun dalam percakapan.
Misalnya, anak-anak dilarang menyampuk percakapan orang tua. Anak-anak yang suka menyampuk percakapan orang tua sering kali dianggap kurang ajar dan kurang menghormati orang tua.
Sememangnya anak-anak muda darahnya panas dan emosinya mudah berubah.
Justeru pantang larang ini dikenakan supaya anak-anak dapat berfikir secara rasional dan matang, sebelum bercakap atau mengambil sesuatu tindakan.
Dalam sesuatu percakapan, orang Melayu sering diajar agar redup pandangan, tidak gelisah mental dan perlakuan.Mereka sentiasa diingatkan supaya tenang berbicara agar dapat mencapai keputusan yang betul dan dipersetujui bersama.
Adat Melayu, pantang cakap patah-mematah, pantang bual jual-menjual, pantang bicara cerca-mencerca, pantang mulut carut-mencarut.Asas bercakap dalam budaya Melayu menjadikan mereka orangorang yang cermat, bijak dan teliti dalam berbahasa.
Dari sinilah muncul anggapan bahawa orang Melayu adalah orang yang penuh sopan santun, halus bertutur kata, arif dan bijak dalam berbahasa.Lidahnya lembut dan menyejukkan hati, tutur katanya manis dan membawa ketenangan dan kedamaian, perilakunya ramah-tamah penuh ikhlas dan ketulusan, serta terbuka dan bersangka baik terhadap siapa saja.
Inilah juga cerminan keperibadian Melayu yang Islami lagi terpuji.Dewasa ini, kita digalakkan bercakap. Namun cakap-cakap yang bagaimanakah yang dianggap bermutu?
Kepetahan bercakap dengan becok bercakap sememangnya berbeza. Seseorang yang petah bercakap berupaya menggunakan bahasanya dengan baik dan berkesan tanpa sebarang keraguan dan halangan komunikasi.
Orang yang petah bercakap berupaya menyampaikan maksud isi percakapan dengan jelas, tahu memilih perkataan yang tepat, tahu konteks dan percakapannya bermaklumat serta bersifat dua hala. Becok bercakap pula umpama burung murai yang tidak berhenti-henti berbunyi tetapi pendengar kurang memahami maksud butir bicaranya.
Penggunaan bahasanya kelam kabut, pemilihan perkataannya asal sembur, tatabahasanya tidak terkawal dan bahasanya juga bercampur aduk. Orang yang becok bercakap selalunya lebih menumpukan perhatian pada kelajuan kata-kata daripada memerhatikan pilihan kata sehingga sering kali mengguris perasaan orang yang tersentuh.
Apabila bercakap, kita perlulah punya maklumat yang hendak disampaikan.Maklumat itu perlulah mengandungi isi yang baik. Isi yang baik memerlukan si pembicara punya ilmu dan pengetahuan tentang perkara yang hendak dicakapkannya. Sekiranya tidak, percakapannya umpama tin kosong.
Justeru sekiranya kita tidak punya maklumat benar dan lengkap, tidak perlulah bercakap.
Kadangkala, diam sebagai pemerhati lebih baik daripada sibuk ingin mengutarakan pendapat yang tidak bernas.

Saturday, January 31, 2009
LAPAN TANDA PENYAKIT BARAH
BARAH merupakan antara penyakit yang paling ditakuti. Tetapi, mengesannya awal membolehkan kita merawatnya lebih awal dan meningkatkan peluang kesembuhannya.
Berikut adalah lapan tanda-tanda barah.
1. Luka yang tidak pulih-pulih.
2. Tumbuhan di buah dada atau bahagian-bahagian lain di tubuh.
3. Pendarahan yang luar biasa.
4. Perubahan pada tabiat pembuangan air besar atau air kecil.
5. Perubahan pada keadaan tahi lalat atau kutil.
6. Alami masalah menelan makanan dan pencernaan makanan.
7. Batuk yang tidak hilang-hilang atau suara menjadi kasar.
8. Berat badan menurun atau asyik demam tanpa diketahui sebabnya.
Namun, perlu diingat, masalah-masalah ini tidak semestinya bermakna ada barah yang dihidapi, demikian nasihat Persatuan Barah Singapura. Tetapi, jika berlarutan, anda hendaklah berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat lanjut.

Friday, January 30, 2009
GUNAKAN BLOG UNTUK KEBAIKAN SEMUA
DEWASA ini istilah 'blogging' sudah tidak asing lagi kepada kebanyakan kita.
Kegiatan blogging ini diamalkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pelajar, guru, pekerja, peniaga, duda, janda, pesara dan sebagainya.
Blog, atau lebih tepat dipanggil 'diari maya', merupakan wadah yang kian digemari
memandangkan ia percuma dan membolehkan penulisnya mencatat setiap kisah hidup harian, cetusan rasa sehinggalah kepada mempromosi produk/khidmat masing-masing.
Demi menarik seramai mungkin pengunjung ke laman blog seseorang, ada pula yang sanggup merakam aksi-aksi tidak bermoral untuk tontonan ramai.
Dalam perihal blog ini, rata-rata saya dapati ada dua golongan penulis. Golongan pertama adalah mereka yang sering mencatat setiap gerak-geri kehidupan harian termasuk perihal dan rahsia rumah tangga lantas terbongkarlah segala-galanya bak 'buka pekung didada'. Mungkin dek kedaifan dan sikap 'goblok' seseorang itu, tanpa disedari perbuatan sebegini boleh menjatuhkan maruah dan harga diri sendiri pada mata ribuan pengunjung Internet.
Golongan kedua pula menggunakan ruang dan kesempatan ini demi meluahkan pandangan, menganalisis atau mengajak orang ramai membincangkan sesuatu isu yang masih membelenggu masyarakat kita. Langkah sebegini diharapkan dapat mendidik masyarakat kita supaya mencari huraian demi kebaikan bersama. Rumusnya, golongan kedua ini menggunakan blog sebagai alat untuk membantu membangunkan imej bangsa sendiri.
Saya berharap lebih ramai yang menggunakan blog demi kebaikan diri sendiri dan orang ramai, bukan menjatuhkan maruah orang lain atau diri sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)