1 Nov 2009
KELANA JAYA (Selangor): Oleh kerana tidak sanggup lagi menanggung rasa bersalah atas perbuatan anak perempuannya yang menanam bayi baru lahir, seorang ibu nekad membuat laporan polis sebelum mayat bayi yang ditanam di kawasan pembuangan sampah itu ditemui.
Difahamkan, budak perempuan berusia 15 tahun itu, yang melahirkan bayi tidak cukup bulan minggu lalu, bertindak membungkus bayinya dengan kertas surat khabar sebelum membalutnya lagi dengan sarung bantal.
Dia kemudian dikatakan memasukkan pula bungkusan berisi bayi itu ke dalam plastik sebelum menanamnya di kawasan pembuangan sampah kira-kira 200 meter dari rumahnya di Kampung Cempaka, di sini.
Sumber polis berkata, ibu budak berkenaan, yang mungkin berasa bersalah dan berdosa atas perbuatan anaknya itu, dikatakan memaksa anaknya mengikut beliau ke Balai Polis Kelana Jaya untuk membuat pengakuan terhadap perbuatannya.
Hasil laporan yang diterima, pihak polis, dengan dibantu lapan anggota forensik, bertindak pergi ke lokasi kejadian kira-kira 4 petang kelmarin bagi melakukan siasatan, selain mengeluarkan mayat bayi berkenaan.
Pihak polis terpaksa memanggil ibu budak perempuan itu, yang berusia 50-an tahun, keluar dari rumahnya bagi menunjukkan lokasi yang tepat mayat bayi itu ditanam di kawasan pembuangan sisa sampah berhampiran.
Ekoran maklumat itu, anggota polis forensik memulakan kerja menggali tanah berhampiran kawasan belukar berkenaan sebelum menemui satu bungkusan plastik di dalam lubang sedalam kira-kira 0.2 meter.
Berdasarkan apa yang ditemui, polis membuka plastik terbabit sebelum menemui kertas surat khabar dan kain sarung bantal yang digunakan untuk membalut bayi tersebut.
Bagaimanapun, ketika ditemui, mayat bayi itu dikatakan mulai reput hingga menyukarkan polis untuk mengenal pasti jantina serta punca kematiannya.
Menyusuli kejadian itu, mayat bayi berkenaan terpaksa dibungkus dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Ibu budak perempuan itu yang ditemui di lokasi kejadian, mendakwa anaknya sebelum ini diperkosa seorang lelaki kumpulan samseng sekitar Mac dan April lalu.
Menurutnya, perbuatan itu menyebabkan anaknya mengandung sebelum melahirkan bayinya dalam keadaan tidak cukup bulan.
'Anak saya kemudian menanam bayi itu di depan rumah.
'Kalau disimpan (mayat bayi) dalam rumah, nanti akan berbau busuk pula,' kata ibu itu, yang turut berada di tempat berkenaan ketika polis menjalankan kerja-kerja penggalian.
Ibu yang sudah kematian suami sejak beberapa tahun lalu itu juga mendakwa bayi berkenaan dipercayai mati ketika dilahirkan.
'Mula-mula saya mahu diam saja tapi saya tahu perkara ini salah. Saya tidak mahu bersubahat. Saya mahu orang jahat (suspek yang merogol anaknya) kena tahan polis,' katanya.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Arjunaidi Mohamed, mengesahkan kejadian itu tetapi enggan mengulas lebih lanjut berikutan polis masih menyiasat motif kejadian tersebut. -- Harian Metro.
Showing posts with label Sajian Berita LUAR NEGARA. Show all posts

Tuesday, November 3, 2009
Sunday, August 30, 2009
Polis tahan lelaki berpoligami 14 isteri
29 Ogos 2009
MUMBAI:
Seorang pekerja sebuah syarikat penerbangan berusia 40 tahun ditahan polis kelmarin kerana mempunyai 14 isteri.
Encik Tushar Waghmare, yang berasal dari Mumbai menipu semua isterinya dengan mendakwa beliau sentiasa sibuk kerana tugas.
Tembelang kakitangan Air India itu, yang menggunakan Internet untuk mengatur semua perkahwinannya terbongkar apabila seorang daripada isterinya bertembung dengan seorang lagi ketika meninggalkan rumah lelaki itu.
Lima daripada 14 wanita berkenaan kemudian membuat laporan polis.
Sembilan lagi isterinya memilih untuk berdiam diri kerana malu.
Encik Tushar mendakwa beliau tidak boleh duduk serumah dengan setiap isterinya kerana tugasnya tidak membenarkan dia berbuat demikian.
Beliau sebaliknya menempatkan isterinya di serata negeri di seluruh India, dari Mumbai di selatan hingga ke Rajasthan di utara.
Beliau mengaku kepada polis bahawa beliau melayani setiap isterinya dengan adil tetapi menghadapi masalah kewangan kerana hanya berpendapatan 63,736 rupee ($1,882) sebulan.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Mumbai, Encik R. M. Vhatkar, berkata kerana tertarik dengan jawatannya tidak seorang pun isteri atau ibu bapa mereka menyelidik latar belakang lelaki itu.
Laman web mencari jodoh semakin popular di India.
Encik Tushar mendaftarkan diri dalam satu laman web itu dengan menggunakan nama samaran dan menyatakan dia baru bercerai serta ingin mencari pengganti tanpa mengira balu atau janda.
Beliau akan menghabiskan masa tiga hari dengan setiap isterinya sebelum meneruskan kegiatannya.
Sementara itu, Air India mengambil tindakan disiplin terhadap lelaki itu dengan memecatnya. -- Agensi.

Labels:
Sajian Berita LUAR NEGARA
Tuesday, August 18, 2009
Tak puas hati dapat 20 sen, toreh buah zakar
ALOR STAR:
Disebabkan tidak puas hati hanya memperoleh RM0.50 (20 sen) selepas memeras ugut rakan sekelas, seorang murid tahun satu sanggup menoreh buah zakar rakannya dengan sebilah pisau lipat di sebuah sekolah kebangsaan di bandar raya ini, tengah hari Isnin lalu.
Dalam kejadian itu, mangsa, Muhammad Amir Amri, tujuh tahun, mengalami pendarahan teruk selepas diserang rakannya berikutan luka sepanjang tiga sentimeter pada buah zakarnya akibat torehan pisau lipat berkenaan.
'Ketika di kantin, dia minta duit tapi adik (Muhammad Amir) cuba halang dengan menutup poket seluar. Selepas itu dia berlari ke kelas dan adik ikut sama ke kelas kerana dia mengugut mahu ambil kotak pensel adik.
'Dalam kelas, dia seluk poket dan ambil baki duit adik 50 sen. Kemudian dia tanggal seluar adik dan ambil pisau lipat kecil dan toreh buah zakar adik.
'Masa itu adik tak berani nak melawan kerana badannya besar,' katanya ketika ditemui kelmarin.
Sementara itu, bapa mangsa, Encik Amri Rod @ Jamil, 41 tahun, berkata sebaik tiba di kantin sekolah untuk mengambil anaknya, beliau melihat anaknya berada di bawah meja kantin sambil memegang kelangkang seperti menahan kesakitan.
Selepas memeriksa, beliau terkejut mendapati seluar anaknya berlumuran darah.
'Saya terus membawa anak berjumpa guru kelasnya untuk meminta penjelasan sebelum diminta ke pejabat sekolah untuk berjumpa guru besar.
'Beberapa orang guru termasuk guru disiplin berjumpa saya di situ dan mereka tidak menyedari kejadian itu kerana anak saya tidak melaporkannya.
'Ibu murid yang membuli anak saya yang secara kebetulan berada di sekolah turut dipanggil untuk memberi penjelasan, namun selepas didesak, murid itu masih enggan mengaku dia bertanggungjawab terhadap tindakan itu manakala ibunya hanya mendiamkan diri,' katanya.
Susulan kejadian itu, Encik Amri berkata, beliau membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Star, di sini.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah, Shahidan Abdul Rahman, ketika dihubungi berkata, beliau belum menerima laporan mengenai kejadian buli itu kerana sedang mengikuti kursus di ibu negara. -- Harian Metro.
13 Ogos 2009

Cermin kereta dipecahkan Di Car Park Perling Mall JB ( 09-08-09 )
JB :
PENGALAMAN ADIK (KISAH BENAR )
Dear Families, Relatives & Friends... Dated 10th August 2009, I was at Johore Bahru @Perling Mall Car Park. The reason I went there is because of my son attending the Pocketbike Race.
I was there with my son's Pocketbike Team since 9.30am. I would like to share with all of you who read my blog. At 3.50pm on Sunday @JB, I noticed that our car left side window mirror was smashed....
I was shock and quickly open the car and see that my LV luggage bag were STOLEN . I quickly called my hubby and told him that our car window mirror was gone!!!!! My husband quickly ran and he also were SHOCK and even me myself can't even talk much and feel like and also .
The lucky part is our passport are still inside the car and even my digital camera n PSP game, thanks to god. My LV luggage bag content my full set cosmetic bag, home keys,my I/C, POSB nets card, EzLink card, few clothes and some SG cash. My son's Stoner T-Shirt also they took it.
My poor boy he only will have to wear his singlet t-shirt and shorts.... He loves that T-shirt so much... After the incident happen, most all our friends came to our cars and look at the mirror and they even felt shock and didn't expect this thing will happen......
Myself and my husband went to the nearest Police Station in Perling Mall and make a report. Once we settled the report, we went back to SG and make another police reports in SG because of my lost I/C n POSB Nets.
This is a REMINDER to all my families & friends to be very carefull when you are in Malaysia... This thing can happen anywhere and everywhere..... As for me i really cursed whoever took our belongings and this people won't be having a happy life whatever they do.......
GOD WILL PUNISH THEM!!!!! That's all for now.....

Subscribe to:
Posts (Atom)